Friday, February 4, 2011

Highback Golden Arowana

Arowana jenis Indonesian Golden berasal dari Pekan Baru, Sumatera, Indonesia. Arowana jenis ini berharga lebih murah berbanding dengan harga arowana Malaysian Golden. Ini adalah kerana warna keemasan yang terdapat pada arowana Indonesian Golden kelihatan kusam dan tidak secantik seperti Malaysian Golden.
.
Sisik keemasan pada arowana Indonesian Golden hanya mampu sampai pada baris ke 4 sahaja. Arowana jenis ini juga mempunyai variasi warna dasar yang berlainan antaranya blue base, golden base dan green base.

Arowana jenis Indonesian Golden di Malaysia lebih dikenali dengan nama Highback. Ini adalah kerana arowana jenis Indonesian Golden di Malaysia telah dikacukkan dengan arowana jenis Malaysian Golden. Jadi arowana jenis Highback mempunyai warna emas yang lebih cantik dan sisik keemasannya mampu mencapai sehingga baris ke 5.

Jika bernasib baik, sisik keemasan arowana jenis Highback ini mampu mencapai baris ke 6 dan dipanggil Super Highback dan harganya lebih mahal dari jenis Highback. Terdapat pelbagai nama untuk arowana Indonesian Golden antaranya Red Tail Golden (RTG), Highback dan Highback Red Tail Golden (HBRTG). Walaupun digelar dengan pelbagai nama ia tetap adalah spesis yang sama iaitu Indonesian Golden.

No comments:

Post a Comment