Arowana Banjar Red berasal dari Banjar Masin, Indonesia. Arowana jenis ini dikelaskan sebagai arowana merah kelas ke dua. Walaupun dipanggil dengan perkataan "Red" arowana jenis ini tidak mempunyai sedikit pun warna merah pada keseluruhan warna fizikalnya.
.
Warna badannya sedikit kehijauan dan kekuningan manakala hujung sirip atas dan bawah serta ekornya berwarna kuning ataupun oren. Walaupun harganya murah tetapi arowana jenis Banjar Red ini memiliki peminatnya yang tersendiri kerana warna ekornya yang terang serta bentuk badannya yg menarik.
Semasa kecil arowana jenis ini lebih mirip kepada arowana jenis Super Red. Ini adalah kerana sirip atas dan bawah serta ekornya berwarna merah sama seperti anak arowana Super Red. Amat sukar untuk membezakan arowana jenis Banjar Red dan Super Red ketika masih kecil.
.
Apabila meningkat dewasa barulah berlaku perubahan warna yang ketara pada sirip, sisik dan ekornya. Arowana Banjar Red yang mencapai umur matang mempunyai warna kehijauan dan kekuningan pada sisik badan. Hujung sirip atas dan bawah serta ekornya pula berwarna kuning atau oren.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment